Tuesday, August 3, 2010

TOKOH - TOKOH TEORI BEHAVIORIS

Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936)
  • Ivan Petrovich Pavlov telah dilahirkan pada 14 September 1849 di sebuah perkampungan di Ryazan, Russia. Beliau merupakan anak kepada Peter Dmitrievich Pavlov yang merupakan seorang paderi kampung. Seperti kanak-kanak lain di Ryazan, beliau juga telah dihantar ke sebuah sekolah gereja dan seterusnya telah memasuki sebuah kolej teologi yang melatih bakal-bakal paderi. Setelah beliau membaca buku ‘The Origin Of The Species’ yang ditulis oleh Charles Darwin serta hasil kerja seorang ahli psikologi Russia, I. M. Sechenov, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kolej tersebut dan terlibat dalam bidang sains. Beliau kemudiannya telah mengambil jurusan Natural Sciences di University of St-Petersburg.
  • Pavlov sedar subjek yang digemarinya merupakan psikologi dan bersama rakan-rakannya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kertas kerja pertama beliau yang berjudul ‘The physiology Of The Pancreatic Nerves’ yang kemudiannya dianugerahi pingat emas. Pavlov menamatkan pembelajarannya dengan mendapat ijazah Candidate Of Natural Sciences. Usaha pavlov tidak berhenti di situ sahaja, malah beliau telah melanjutkan pembelajarannya di Academy of Medical Surgery di mana beliau memperolehi satu lagi pingat emas. Hasil dari kejayaan beliau juga, beliau telah menjadi seorang pengarah makmal psikologikal di klinik S. P. Botkin iaitu seorang ahli fizik Russia yang dikenali pada ketika itu. Pavlov telah dianugerahkan dengan Nobel Prize dalam Medicine/Physiology pada tahun 1904 setelah menyiapkan tesis kedoktorannya iaitu The Centrifugal Nerves of The Heart.
  • Tahun 1980 merupakan tahun penting bagi Ivan Petrovich Pavlov setelah beliau telah diminta untuk mengawasi pertubuhan dan menguruskan Department of Physiology di Institute of Experimental Medicine. Di situlah beliau telah menghasilkan kajiannya dan menghabiskan sisa-sisa hidup. Pada tahun yang sama Pavlov telah mendapat gelaran Professor of Pharmacology di Military Medical Academy.
  • Idea utama Pavlov dalam kajiannya adalah berkaitan proses penghadaman, yang menghasilkan satu siri eksperimen mengenai hubungan antara sistem saraf dengan fungsi badan. pavlov juga telah terpilih sebagai ahli dalam Russian Academy of Sciences pada tahun 1907, diberi kepujian kedoktoran di Cambridge University pada tahun 1912 dan beliau juga telah dianugerahkan kepujian Order of the Legion.Pada 27 Februari 1936 Dr. Ivan Pavlov telah meninggal dunia di Leningrad.


 
Edward Lee Thorndike (1874-1949)
  • Edward Lee Thorndike telah dilahirkan pada 8 Ogos 1874 di Williamsburg Massachusetts. Beliau merupakan anak kedua Edward Roberts Thorndike yang merupakan menteri Methodist tempatan dan Abbie Ladd Elizabeth Moulton seorang surirumah.
  • Edward Thorndike telah berkahwin dengan Elizabeth Moulton pada 29 Ogos 1900. Mereka berdua telah dikurnia lima orang anak iaitu R. L. Thorndike yang juga telah mengikut jejak langkah ayahnya dengan penglibatan beliau dalam psikologi pendidikan, pengkhususan psikometriks.
  • Thorndike mula berminat dalam bidang psikologi setelah memasuki Wesleyan University pada tahun 1895 dan setelah beliau membaca ‘Principles of Psychology’, karya William James. Setahun selepas beliau menerbitkan Animal Intelligence, beliau telah tercalon sebagai presiden America Psychology Assosiation. Pada tahun 1921 beliau telah mendapat tempat yang pertama dalam American Man of Science. Anugerah terakhir yang diperolehi merupakan presiden American Assosiation for the Advancement of Science iaitu pada tahun 1934.
  • Pada tahun 1939, beliau telah bersara dari mengajar di Columbia dan beliau telah bergerak aktif dalam komuniti psikologi sehinggalah kematian beliau pada 9 Ogos 1949.

John Broadus Watson (1878-1958)


  • John Broadus Watson telah dilahirkan di South Carolina pada 1878 dan telah dibesarkan di sebuah ladang. Ayahnya telah meninggalkan keluarga ketika beliau berumur 13 tahun. Ketika beliau masih muda, beliau merupakan seorang pelajar miskin dan sukar dikawal dan dikatakan mengikut contoh buruk yang telah ditunjukkan oleh ayahnya yang kejam. Namun begitu beliau mempunyai citi-cita serta keberaniaan beliau sendiri. Pada umurnya 16 tahun beliau telah memasuki Furman University. Lima tahun kemudian beliau telah memperolehi Master dan seterusnya menyambung lagi pembelajaran bagi memperoleh ijazah kedoktoran dalam psikologi dan filosofi. Akan tetapi beliau hanya menerima Phd beliau dalam bidang psikologi pada tahun 1903 dan akhirnya beliau telah ditugaskan sebagai seorang profesor di Johns Hopkins University dalam experimental and comparative psychology.
  • Kemudiannya beliau telah menjadi seorang yang beraliran behaviorisme dan banyak belajar biologi, psikologi dan tingkah laku haiwan menerusi hasil kerja Ivan Pavlov. Dari situ, beliau telah belajar mengenai tingkah laku kanak-kanak. Walaupun ianya agak sukar berbanding kajian yang dijalankan ke atas haiwan, namun prinsip yang digunakan adalah sama. Pada tahun 1913 beliau telah menerbitkan satu artikel berdasarkan idea-idea beliau dan menubuhkan sebuah sekolah psikologi. Namun begitu kajian yang telah dijalankan oleh Watson telah tergendala disebabkan oleh perang dunia pertama.


Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
  • Burrhus Frederic Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak.
  • Burrhus merupakan seorang yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti luar serta sangat berminat untuk belajar. Hidupnya tanpa tragedi, akan tetapi seorang adiknya telah meninggal dunia ketika berumur 16 tahun akibat penyakit cerebral aneurysm.
  • Burrhus telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York City sebagai “bohemian”.
  • Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939.
  • Pada tahun yang sama beliau telah berpindah ke Minneapolis untuk mengajar di University of Minnesota. Di sana beliau telah bertemu Yvonne Blue dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan di mana anaknya telah menjadi terkenal kerana terlibat dalam kajian yang telah dibuat oleh Skinner.
  • Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Psychology Depertment di Indiana University. Pada tahun 1948 beliau telah dijemput ke Harvad dan telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di sana. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai bidang antaranya ialah penulisan buku, sebagai pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan kajian-kajian. Walaupun tidak berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun beliau terpilih sebagai salah seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah satu buku beliau ialah Walden II. Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990 akibat leukemia.

No comments:

Post a Comment