Sunday, August 22, 2010

TEORI PELAZIMAN KLASIK - IVAN PAVLOV








PENGENALAN
Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994).



Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).

TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV





Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Contoh : apabila kita melihat rumah yang besar dan cantik, kita akan membuat andaian, rumah yang besar dan cantik itu milik seseorang yang kaya. Andaian ini dilakukan bergantung kepada pengalaman yang pernah kita lalui.







Kesimpulan kajian Pavlov ialah :

1. Penguasaan(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2. Generalisasi(Generalisation)
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama.

3. Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.

4. Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.




IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN KLASIK KE ATAS PENGAJARAN 
DAN PEMBELAJARAN

Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.

Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah :
  • gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya.
  •  Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.
  • Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.


VIDEO :  Eksperimen yang dijalankan oleh Ivan Pavlov





10 comments:

  1. boleh saya mintak gunakan info untuk kerja kursus saye x?

    ReplyDelete
  2. thanx so much.....smoga trus di berkati dan memberikan info2 yg amat berguna terutamnya student IPG.....gonzaimas...pounsikou......mohon kbnran 2k guna masa prbntgn bm2 ek.....thanx...

    ReplyDelete
  3. thx for the info..mintak guna untuk buat notes.

    ReplyDelete
  4. sangat berguna untuk exam spikologi esok,,thanks yer;-)

    ReplyDelete
  5. mudah untuk saya buat present saya :P semuanya ada disini

    ReplyDelete
  6. terima kasih, memenag berguna untuk saya. BAGUS!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..notes yg sgt2 luas maklumat n mendalam..moga Allah memberi dgn sebaik baik ganjaran atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat ini

    ReplyDelete