Thursday, August 19, 2010

KONSEP DAN PRINSIP TEORI BEHAVIORIS



Teori behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakkannya dihasilkan dengan mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ransangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ujian ini bersifat sebagai satu usaha yang dapat mengubah tingkah laku orang agar menjadi lebih baik. Perubahan yang berlaku ini dikenali sebagai pembelajaran. Secara umumnya, teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku sama ada baik ataupun sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelaja dapat diperhatikan dan dijangka adakah ia membawa kepada hal positif ataupun negative.



Teori Pembelajaran Behavioral
  • Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku
  • Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran
  • Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah:  
  • Penguasaan
  • Generalasasi
  • Diskriminasi
  • Penghapusan

Konsep hukum pembelajaran Thorndike ialah : 
  • Hukum kesediaan 
  • Hukum latihan
  • Hukum kesan

Konsep pembelajaran Skinner ialah :

·      Satu gerak balas akan berulang jika wujudnya ganjaran dan sekiranya ganjaran diberhentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
·         Konsep peneguhan amat dititkberatkan, peneguhan boleh bersifat negatif atau positif.
·         Peneguhan negatif tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

Konsep pembelajaran Watson ialah :
  •  Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov. 
  • Perbezaan antara manusia ialah pengalaman. 
  • Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk. ransangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.



 
http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorisme

No comments:

Post a Comment