Monday, September 6, 2010

RUJUKAN


Buku
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2009) Murid Dan Alam Belajar, Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.

Internet
http://chenonnlife.blogspot.com/2009/02/implikasi-teori-teori-pembelajaran.html

Tuesday, August 24, 2010

KESIMPULAN MENGENAI TEORI BEHAVIORIS


Teori behavioristik merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya  yang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut. Diantara tokoh-tokoh aliran behavioristik, teori Skinnerlah yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik.. Teori behavioristik tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon.

Monday, August 23, 2010

TEORI PELAZIMAN KLASIK - WATSON

WATSON ' LITTLE ALBERT EXPERIMENT'

Eksperimen ini menggambarkan kuasa pelaziman. Albert yang berumur 11 bulan tidak menunjukkan sebarang rasa takut kepada seekor tikus putih. semasa pelaziman albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul telah diketuk pada besi. kesannya albert terkejut dan terjatuh. Keadaan itu berulang kali berlaku. akhirnya eksperimen menunjukkan albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing dan arnab. selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana. kesimpulannya, pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.







gerakbalas semulajadi
gerakbalas berpasangan
berlaku secara pembelajaran

Implikasi teori pembelajaran:

cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.

Dalam pembelajaran dan pengajaran, gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid- murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan.

Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.


Video : Eksperimen "Little Albert" oleh Watson.

Sunday, August 22, 2010

TEORI PELAZIMAN OPERAN - SKINNER

 

                        Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner




Eksperimen Skinner
Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.



A)   PENEGUHAN
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

                            i.        Pengukuhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Peneguhan Positif


Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
 Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah
(a) memuji secara ikhlas,
(b) memuji dengan cepat,
(c) memuji tanpa pilih kasih,
(d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yang spesifik
(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.
        
                    i.        Peneguhan Negatif
Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).  
                                                                     
                                                        Peneguhan Negatif


Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.







B)   DENDAAN
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. 
  

                                                     Dendaan


Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan  dan dendaan penyingkiran







C)   PRINSIP PREMACK
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. 

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.  Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

D)   PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
·                       Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
·                       Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
·              Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

Implikasi teori skinner tersebut dalam P& P ialah :
1.    Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
2.    Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.
3.    Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.






video : Eksperimen yang dijalankan oleh Skinner



TEORI PELAZIMAN OPERAN - THORNDIKE



   


Pemerhatian berdasarkan eksperimen Thorndike






 
  • Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).




  • Semakin banyak percubaan untuk membuka pintu, semakin singkat masa yang diambil oleh kucing tersebut untuk keluar dari sarang.



Tiga Prinsip Pembelajaran Thorndike






Implikasi teori Thorndike dalam pengajaran dan pembelajaran ialah :
1.     Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. 
2. Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.
3.    Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social dan material.
4.    Menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

VIDEO : Eksperimen "Puzzle Box" oleh Thorndike.